RM35.00
Fiksyen Pascakolonial Yang Menjajah dan Dijajah
Price RM35.00
Product SKU product-1607508630947
Availability 1
Quantity
Description

Kesusasteraan pascakolonial merupakan satu bidang kesusasteraan yang masih baharu kerana istilah pascakolonial itu hanya tercatat dalam Oxford English Dictionary yang terbit pada tahun 1959, iaitu selepas kebanyakan negara barat mencapai kemerdekaannya.

Pembicaraan tentang Pascakolonial termasuk dalam bidang kesusasteraan ini baru menjadi rancak sekitar tahun 1980-an apabila orang mula memperkatakannya di Afrika, India, dan Amerika Selatan

Buku ini bertujuan untuk mengisi kekurangan penulisan tentang kesusasteraan pascakolonial ini dengan melihat cerpen-cerpen dan novel pascakolonial karya dua orang pengarang, iaitu Keris Mas (Malaysia) dan Mochtar Lubis (Indonesia). Terdapat beberapa rasional pemilihan kedua-dua tokoh ini, namun yang utamanya ialah mereka berminat terhadap politik. 

Oleh itu, penglibatan kedua-dua pengarang ini dalam politik dan penghasilan karya yang berkaitan dengannya telah mempengaruhi dan menyumbang kepada penciptaan karya-karya kreatif yang mendukung wacana pascakolonial ini. 

Semoga buku ini dapat dimanfaatkan untuk kajian kesusasteraan pascakolonial yang lain secara lebih tuntas lagi.