RM30.00
Travelog Dakwah UK Dari Jendela Queensborough Terrace
Price RM30.00
Product SKU product-1607664540947
Availability 1
Quantity
Description

TRAVELOG DAKWAH UK DARI JENDELA QUEENSBOROUGH TERRACE.

.

Benarlah kata bijak ahli sastera, kembara mencetus rasa. Daripada rasa bertukar menjadi idea. Lantas idea dilorek di atas kanvas. Diacu pula dengan emosi dan hikmah untuk dijadikan ibrah buat jiwa hamba.

.

Travelog Dakwah UK, Dari Jendela Queensborough Terrace ini memaparkan perjalanan kembara dakwah memudiki jalur kehidupan sebagai pemusafir di kota Ratu. Coretan karya pemerhatian ini atas dasar mahu berkongsi dengan khalayak bagaimana Islam sebagai sebuah agama progresif dan dinamik. Malah, Islam merupakan agama kedua terbesar di UK dari segi bilangan penganutnya.

.

Seseungguhnya ini kisah anak kampung yang diberi peluang terbang jauh dari tanah asalnya. Sabagai perantau, apa yang dilihatnya adalah bagaimana Islam diamal dan dirai umat di tanah pemusafirannya. Melihat barat mengamal budaya timur, serta bagaimana barat mengacu nilai merupakan adunan yang menarik untuk menyantuni umat pelbagai jalur kehidupan

Justeru, dari jendela 34 Queensborough Terrace, terimalah adunan minda ini… seadanya saya menulis